Tunku Ali Redhauddin
Tunku Ali Redhauddin

Tunku Ali Redhauddin

Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz (lahir 26 April 1977) merupakan anak sulung kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Beliau dikurniakan gelaran Tunku Besar Seri Menanti pada 23 Februari 2009 dan mengganggotai Dewan Keadilan dan Undang[1]. Selain tugasan rasmi, Tunku Ali juga membahagikan masanya sebagai lembaga pengarah syarikat, badan bukan untung dan institusi pendidikan. Beliau diiktiraf sebagai Pemimpin Global Muda pada 2013 oleh Forum Ekonomi Dunia.[2]